Pagi ini tenang , kedengaran riuh senandung si mergastua mengiringi perjalananku ke kuliah . Sempat lagi hatiku tersenyum mengingatkan peristiwa pagi tadi . Tatkala rakan sebilik juga sekuliah denganku terlupa bahawasanya jadual kuliah kami pagi ini bermula pukul 8, bukanlah 10 .
Patutlah dia kelihatan selamba saja pagi tadi , tak panaskan air , tak sibuk mandi awal , sempat menghadap skrin laptop juga lagi . Mungkin juga aneh melihatkan aku bersiap siap dengan blouse biru sambil mulut perlahan mengalunkan lagu band indonesia kegemaranku , dia senyum sinis dan bertanya '
kenapa kau bersiap awal hari ni?" . Aku macam ,,, kelu seakan tak pasti bagaimana mahu membalas , terasa bingung sedikit sambil otakku laju berputar mengingat semula lakaran kenit jadual kelas yang aku lihat tempohari .. belum sempat aku membalas dia menyambung ,
'kan hari ni kelas pukul sepuluh' , aku senyum dengan yakin memintas ,
'hari ni kan kelas pukul lapan, hari rabu kan?'.
Kulihat dia mula mengerutkan dahi yang belum kedut dimamah usia itu , terpinga pinga seolah sedang menarik kembali kotak memorinya , mungkin sedang menggambarkan sedikit tentang jadual itu . Sampai aku pun hampir keliru . Lantas sejurus itu dia tersentak ,
'yelah, kelas pukul 8 hari ni .. akulah yang lambat kalau macam tu !' . Kulihat sekilas dirinya , kalut . *aku sekadar senyum, sambil geleng kepala*. lucu .
Lebih kurang jam 9.30 , tamatnya waktu kuliah pertama ,kami meluru ke blok 9 , kios tempat jual makanan . Banyak juga pilihannya tapi aku cuma berselera dengan satu menu sihat , nasi air . Atau lebih tepat lagi dipanggil bubur McD dikalangan penuntut disini. Murah, dan rasanya boleh tahan sedap - lagi lagi aku , jenis manusia yang suka rasa halia dan sayuran yang sarat dalam apapun masakan.
Macam semalam juga , kuminta roomate ku pulang dulu - aku perlu kembali ke kios fotostat itu lagi *
Jantungku macam biasa , tak punya sebarang rasa asing pun.
Aku menghampiri kios itu , kali ini dari laluan berlainan . Ku memunculkan diri dari bangunan bilik pensyarah yang berdekatan blok kuliah usang sambil melemparkan pandangan jauh ke kios yang sama itu. Pandanganku terhad , aku perlu mampir lebih dekat untuk melihat dengan jelas.
Dalam jarak pendek , aku lihat sosok seorang manusia di kios itu . Itu dia .
yang masih juga , keseorangan.
Sendirian aku rasa musykil ,
'kat sini memang jarang ke student copy nota?' ,
atau mungkin aku yang selalu datang waktu manusia lain sedang sibuk dalam bilik kuliah.. emm mungkinlah kot" .
Langkahku biasa melalui tepi kios itu sambil berpura pura tak perasan ada manusia di kios itu. Pandanganku jauh memandang kearah yang lain sambil kaki menuju ke kios. Ku betulkan pandangan dan lihat dia sedang memandangku , cepat cepat juga kami saling mengalih pandangan. Dia tunduk , aku juga ..
aduhai apa ni ?? aku jadi segan.
Sampai saja didepannya , terusku tanya perihal kertas semalam
'yang kertas semalam dah siap copy?' , belum sempat ku kasi nota kecil bermaklumatkan bahan fotostat itu , dia sudah pun kebelakang mengambil senaskah nota yang tak asing bagiku , tapi hari ini , kelihatan lebih tebal incinya.
'yang ni kan?' .ujarnya perlahan.
Aku sekadar mengiyakan sambil menggangguk . Hairan juga , macamana dia boleh ingat kertas aku padahal berlambak lambak lagi helaian kertas student lain di kios nya. Seakan dia dah lama bersedia nak pulangkan naskah itu pada aku . Tapi tak pula aku tanya perihal itu ,
' mungkin saja dia jenis yang teliti dan kuat ingatan , sangat tak menghampakan siapa saja pelanggannya' . hermm..bagus juga dia ini.
Ku meraba raba mencari purse dalam tas tanganku seraya berkata ,
'berapa?' , sambil mengerling sedikit tulisan tangan di naskah itu - RM5.30 , dia juga sama menjawab,
5ringgit 30 sen ..
Kurasakan sedikti masalah disitu , dompetku tak punya not kecil , yang ku punya cumalah not 50 juga tiga helai not seringgit. '
Ahh bagi jelah' bisikku perlahan.
Dan dia , berwajah tenang melihat kepingan duit berharga RM50 itu ,
dia ; 'ada duit kecik tak?'. Soalan itu memang dah ku jangka dari awal ,
aku ; 'takde, 3ringgit je yang tinggal...lain semua duit besar..' dia membalas sambil mata melilau mencari sesuatu ,
dia ; 'saya pun takde duit pecah ni ..' .sempat lagi dia tersenyum , *manis*
aku ; 'ermm so macamane eh?' tanyaku lagi ..
dia membalas ,
'bayar nantilah' .
aku ; okay saya bayar petang ni ek?'
dia ; angguk .
'tapi sebelum pukul tiga tau , lepas pukul tiga dah tutup' tambahnya lagi
aku ; senyum tanda faham ,
"so nota ni?" tanyaku ,
dia ; '
takpe, awak amik dulu. takyah tinggal'.
aku ;Owh okay , tapi takpe ke ni?
dia ; 'takpe ,'
aku ; 'Okaylah macamtu , karang petang saya bayar, terima kasih..'
dia angguk dan senyum ..
Tanpa sebarang lengahan , kugerakkan langkah menyeberangi jalan dalam kampus itu menuju ke hostelku. Terfikir juga sejenak , 'senang pula dia percaya aku , buatnya aku tak bayar nanti? dan tak sangka lepas ni kena jumpa dia lagi , atau .. Tuhan tengah aturkan sesuatu untuk kami ..?' ku senyum sekilas , cepat cepat membuang fikiran nakal itu , sangat mengada ngada !.
Tapi sungguh , dalam perjalanan pulang bibirku tak lekang dari senyuman. Seakan ada magnet yang menarik sampai tak tahu macamana nak berhenti senyum. Entah dari mana datangnya perasaan ini , terasa penuh riang hati ku kala itu ,menari nari bagai ada jutaan warna pelangi mengisi , bagaikan ada belon belon cinta didalamnya , perasaan itu datang memenuhi dan menemani jalanku merentas denai denai sunyi ke hostel - ya ia seperti terlalu , bahagia .
Terima kasih Tuhan ,
hadirkan aku insan yang boleh buat jiwa kosong ini tersenyum , ^^